By: MediSavers | 4 January 2022

Semangat Tahun Baru & 7 Tonggak Perdana MediSavers

“SELAMAT TAHUN BARU!!!”

kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua terutama anda (ya, anda yang sedang membaca ini)! Semoga 2022 menjadi tahun yang lebih baik dan bersinar terang untuk kita semua.
kongsi:

Waktu membaca: 6 minit
Jumlah bilangan pelawat: 33
Jumlah pembaca hari ini: 0

Kredit foto: MediSavers

Sebelum kami bawa anda lebih jauh dalam kata-kata penulisan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua terutama anda (ya, anda yang sedang membaca ini)! Semoga 2022 menjadi tahun yang lebih baik dan bersinar terang untuk kita semua.

Banyak pencapaian telah MediSavers gapai yang membolehkan kami bergerak maju dari menjadi “GOOD TO GREAT TO UNSTOPPABLE” pada tahun 2021. Segalanya tak mungkin kami capai tanpa sokongan padu yang diterima dari semua staf dan penasihat termasuk kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan kami.

Kredit foto: MediSavers

Seiring dengan ketibaan tahun baru, kami telah menyiapkan beberapa perancangan untuk menjadikan MediSavers berkembang pesat supaya lebih ramai yang boleh mendapat manfaat daripadanya. Ketua Pegawai Operasi MediSavers, Sam Tang berkongsi serba sedikit mengenai matlamat baru ini:

“Terdapat banyak aspek yang dilihat. Sebagai entiti komersial, sudah semestinya kami mahu terus fokus untuk memajukan syarikat. Kerana syarikat yang maju boleh memanfaatkan pelbagai pihak seperti pemegang amanah, kakitangan, pelabur, pemilik dan juga komuniti secara keseluruhannya.”

Tambahan lagi, MediSavers berazam untuk mempertingkatkan usaha kami dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat kerana kami percaya masih ramai lagi orang yang memerlukan bantuan seiring dengan waktu. Untuk memenuhi tujuan tersebut, MediSavers telah merancang sebuah acara larian maya untuk mengumpul dana bagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat tahun 2022.

Apa yang lebih penting, MediSavers telah memperkenalkan 7 Tonggak Perdana yang akan menjadi penggerak utama pada tahun 2022. Tonggak-tonggak perdana ini akan menjadi garis panduan dan rujukan semua orang dalam syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka supaya kami dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang seiring dengan slogan baru kami, Above and Beyond.

Kredit foto: MediSavers

“Kami bermula dengan satu tema untuk menyatukan semua orang dalam satu arah tuju. Namun, tema sahaja tidak cukup tanpa pelan tindakan yang betul. Jadi, apabila kita benar-benar melaksanakan pelan tindakan ini, ianya perlu disokong oleh garis panduan tertentu. 7 Tonggak Perdana diperkenalkan untuk mendidik warga MediSavers dan dijadikan sebagai rujukan dalam setiap perkara yang dilakukan.”

“Budaya permulaan adalah salah satu tonggak yang menarik. Agak kelakar apabila sebuah syarikat yang berusia 23 tahun bercakap mengenai budaya permulaan. Namun, budaya ini bukan hanya untuk syarikat yang baru ditubuhkan, ianya adalah satu semangat yang mendorong sesebuah syarikat dalam mengukuhkan momentum untuk terus maju ke hadapan.”

Akhir kata, MediSavers cukup yakin untuk berlayar menerajui tahun 2022 dan semestinya tidak sabar untuk menggapai pencapaian yang lebih tinggi. Kami harap anda pun begitu! Ayuh jadi lebih sihat dan gembira kerana itu adalah faktor utama yang membentuk kehidupan positif.