By: MediSavers | 31 January 2022

Surat Berita Suku Ke-Empat 2021

Selamat Tahun Baru 2022!
Kongsi :

Waktu membaca: 9 minit
Jumlah bilangan pelawat: 46
Jumlah pembaca hari ini: 0

Dari Sudut KPO

Kami juga telah bersedia untuk menghadapi norma baharu ini dengan memperkukuhkan sokongan digitalisasi dan juga aktiviti fizikal. MediSavers amat berterima kasih atas kerja keras dan usaha yang diberikan oleh setiap pekerja, hasilnya MediSavers dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam norma baharu ini.

Antara pencapaian terbaik MediSavers pada tahun 2021 ialah saat MediSavers menerima Anugerah Jualan Langsung Terbaik (Dalam Negara) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hujung tahun lepas. Anugerah yang diterima ini merupakan penggalak semangat buat kami untuk terus berusaha lebih baik dalam menyediakan perlindungan berciri InsurTech untuk semua rakyat Malaysia.

Transformasi Digital Luar Jangkaan MediSavers

Seiring dengan azam kami untuk menjadi syarikat InsurTech terunggul di Malaysia, MediSavers sentiasa menambah baik dan menaik taraf usaha pendigitalan kami sejak beberapa tahun lalu. Demi memperkasakan usaha digitalisasi kami, pasukan belakang tabir yang terdiri daripada Digital & IT dan Media Sosial & Pemasaran Digital berusaha keras dalam memastikan transformasi baharu ini dilakukan dengan sempurna supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penasihat dan ahli MediSavers kami.

Pasukan berdedikasi kami sentiasa menerokai pelbagai cara baharu untuk memberi sokongan yang lancar dan cekap kepada ahli dan penasihat kami secara digital kerana usaha ini akan membantu MediSavers untuk lebih menonjol dalam industri InsurTech.

Akhir kata, saya ingin menggesa semua untuk menjadi lebih sihat dan cergas kerana gaya hidup yang sihat akan menjamin minda yang positif.

Terima kasih dan kekal selamat!

#MediSavers #AboveAndBeyond

Maksud Di Sebalik Above and Beyond

Seperti biasa apabila tibanya tahun baru, MediSavers akan memperkenalkan sebuah tema baharu yang akan menjadi motivasi dalam menuju haluan yang tepat. Pada tahun ini, tema “Above and Beyond” telah diangkat dan akan digunapakai sebagai inspirasi pasukan kami yang terdiri daripada WOW-stars serta para penasihat supaya dapat memberikan sesuatu yang di luar jangkaan dalam apa jua yang mereka lakukan.

Di MediSavers, kami ingin mencipta budaya yang mampu memberikan hanya yang terbaik kepada sesiapa sahaja. Justeru, tema Above And Beyond dilihat sebagai transformasi kami untuk menjadi penyedia pelan insurans yang lebih baik di dalam industri InsurTech.

Menentang Kebiasaan Untuk Menjadi yang Istimewa

Beberapa kempen pemasaran telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan kami amat gembira dengan hasilnya terutama sekali kempen Skim Subsidi Perlindungan Medikal (SSPM) yang berjalan selama dua bulan pada suku keempat tahun lalu. Secara asasnya, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada sikap agresif dan keberanian kami menentang kebiasaan dalam mempromosikan produk yang ditawarkan kepada masyarakat.

Untuk membolehkan sesebuah syarikat terus berkembang, kreativiti adalah sesuatu yang diperlukan untuk mendorong kita menuju ke arah budaya permulaan. Walaupun MediSavers telah mencecah usia 23 tahun, kami bersedia untuk menyesuaikan budaya permulaan dalam syarikat untuk memacu kami mencapai momentum yang lebih hebat. Bagi mengekalkan keterujaan dalam kalangan sasaran pasaran kami, MediSavers akan terus menjadi agresif dan kreatif dalam mencipta sesuatu yang inovatif untuk para penasihat dan ahli.

Sumbangan Bantuan Banjir

Pada penghujung tahun lalu, beribu penduduk di Lembah Klang dan beberapa negeri di Malaysia dilanda tragedi banjir yang amat menyedihkan dan menyebabkan mereka mengalami kerugian besar termasuk barangan peribadi serta kehilangan nyawa.

Bersedih dengan kejadian yang melanda, MediSavers telah memberikan bantuan segera dan menghulurkan bantuan kepada penyelamat serta penduduk sekitar kawasan terjejas di Taman Sri Muda, Shah Alam. Bagi meringankan beban mereka, MediSavers telah menyediakan dan membekalkan pelbagai bantuan banjir yang terdiri daripada makanan kering serta barangan keperluan kebersihan kepada mangsa yang terjejas dan wira-wira yang turut sama membantu.

Tidak terhenti di situ, MediSavers juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Langsung Malaysia (MDDA) dan menyumbang keperluan penting seperti tilam dan bantal kepada mangsa banjir. Inisiatif ini dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan diagihkan kepada mangsa yang terjejas sewajarnya.

Selain daripada itu, klinik perubatan swasta yang turut terjejas akibat kejadian banjir teruk itu turut menerima bantuan. MediSavers telah menyumbangkan dana banjir sebanyak RM5,000 kepada Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi membantu pengamal perubatan dan pemilik klinik pulih daripada kerugian mereka.

Akan ada lebih banyak acara menarik bakal dianjurkan pada tahun 2022 yang turut menjadi sebahagian daripada projek CSR kami. Acara ini dirancang untuk mengembangkan dana CSR MediSavers supaya kami dapat menghulurkan tangan dalam membantu lebih ramai orang yang kurang bernasib baik pada masa hadapan. Nantikan perkembangan terbaru kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha CSR kami yang akan datang!

Anda ingin menukar kerjaya? Sertai kami!

Di MediSavers, kami sentiasa mencari bakat hebat dan berdedikasi untuk menjadi penasihat keahlian kami. Jika anda ingin menyertai Pasukan MediSavers atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan kami, sila hubungi kami di bawah.

MediSavers mengalu-alukan anda menyertai kami!